Wednesday, March 16, 2011

3,260 pasangan nikah di Thailand tahun lalu

 

SONGKHLA (Selatan Thailand) - Selatan Thailand semakin popular sebagai destinasi pernikahan membabitkan pasangan Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, antara 2001 dan tahun lepas, lebih 11,170 pasangan berkahwin di wilayah-wilayah selatan Thailand dengan angka terbesar pada tahun lalu membabitkan 3,260 pasangan.


Bercakap kepada pemberita selepas dikunjungi ahli Kelab Media Perlis di sini semalam, beliau berkata, jumlah pasangan yang berkahwin sepanjang tahun lepas jauh lebih besar berbanding tahun 2009 membabitkan 2,173 pasangan manakala pada 2001 hanya 73 kes didaftarkan.

Berdasarkan statistik tahun lepas, sebahagian besar yang berkahwin di selatan Thailand ialah pasangan rakyat Malaysia membabitkan 2,478 pasangan.

Jumlah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Thailand adalah 419 kes manakala rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Indonesia sebanyak 228 kes.

Terdapat juga pernikahan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Afrika Selatan, Arau Saudi, India, Nepal dan Iran.

Mohd Aini berkata, sebahagian besar perkahwinan berlaku di wilayah Songkhla.

Antara alasan yang diberikan oleh pasangan yang berkahwin di selatan Thailand ialah mereka tidak mendapat restu keluarga, kos yang tinggi jika berkahwin di tanah air, peraturan ketat majlis-majlis agama Islam dan berkahwin dengan warga asing. - Bernama

No comments:

Post a Comment

MSAG890904. Powered by Blogger.

Tags

OWNER

OWNER

text