Sunday, March 20, 2011

owoh,baju ape g2 sampai napok k###k....isk3x

http://www.mstar.com.my/archives/2011/3/20/mstar_hiburan/mieraliyana.jpg 
pesanan:/ wahai adik2 n kakak2 di luar sana,jgnlh berpakaian  mcm ni hatta anda adalah artis sekalipon krn mencemarkn maruah anda sbg seorg muslim...dan ingatlah wahai saudara perempuanku, jika nada berpakaian mededah aurat mcm ni, anda tidak akan dapat hidu bau syurga...pesanan dr ayohngoh....

Friday, March 18, 2011

Jom kenali tenaga elektromagnetik

Assalamualaikum dan selamat pg semua..sy bru balik dr main futsal dan x blh nk tdo ni, i get bored..So,alang2 x lh tdo ape kate kalau sy tulis entry pasal tenaga elektromagnetik, ape yg sy belajar n harap2 kite dapat manfaat bersama...

A diagram of the electromagnetic spectrum showing the 7 regions of the spectrum (from longest to shortest wavelength):  radio waves, microwave, infrared, visible, ultraviolet, x-ray, and gamma rays. Examples of radio waves include fm & am radio frequencies. Mircrowaves are used in microwave ovens and their lengths are about the size of a baseball. Infrared waves are much shorter – about the size of a thickness of paper. The heat energy that radiates off human and other animals is in the infrared region. Television remote controls use infrared light to communicate with the television. Visible light is the only region of the spectrum that our eyes can sense. Ultraviolet light is the higher energy radiation that can cause sunburn.  Smaller than the size of a water molecule is the length of an x-ray. An x-ray image of a broken bone is actually the shadow cast by x-rays on a piece of x-ray sensitive film.  Gamma rays are the shortest and highest energy wavelengths in the electromagnetic spectrum. These waves can be smaller than atomic nuclei.
gambarajah penggunaan gelombang elektromagnetik

Thursday, March 17, 2011

siapakah golongan "educated"?

1) org yg dpt menguruskn keadaan yg mereka hadapi dr hari kr hari dgn baik dan boleh menilai sesuatu keadaan dgn tepat dan dapat memberi pandangan,idea,komen berdasarkan fakta2 yg logik. Org lain akan menilai tahap kecerdikan kite melalui ucapan, komen, dan pandangan yg kite berikan. ---->sbg contoh baru2 ini seorang datin X tlh membuat ulasan tentang Tsunami yg berlaku di Jepun, beliau mengaitkan Tsunami yg berlaku adalah berpunca drpd pemanasan global dan kesan kerana skip green technology. Ini satu pandangan yg tdk masuk akal kerana Tsunami adalah satu bencana akibat dr pergerakan plat bawah tanah. Ini jelas menunjukkan die tidak mempunyai ilmu tentang geografi dan tiak layak memberi komen.

2) Mereka yg dihormati kerana ilmunya samada ilmu agama @ ilmu dunia. Golongan ini boleh memberikan pendapat dan idea yg bernas tanpa menyinggung perasaan org lain. Mereka boleh membuat ramalan yg logik dan berpandangan jauh. Mereka ini digeruni oleh kawan dan lawan. Walaupun pihak yg tidak sefahaman dgn mereka sering menfitnah dan mengejek mereka, mereka ttp berpegang dgn pendapat mereka. sbg contoh ulama2 dan beberapa org professor X yg sering mengeluarkan pendapat tentang ketidak adilan kerajaan, walaupon mereka ini ditohmah dgn pelbagai tohmahan tp mereka ttp tidak berganjak drpd pndapat mereka.

3)




Selanjutnya, mereka yang memegang kesenangan mereka selalu di bawah kawalan dan tidak terlalu
diatasi dengan nasib buruk mereka, bantalan di bawah mereka berani dan dengan cara yang layak
kami umum alam.
Paling penting dari semua, mereka yang tidak dimanjakan dengan kejayaan mereka, yang tidak gurun
diri sejati mereka, tetapi mereka tetap bertahan sebagai orang bijak dan mabuk-minded,
sukacita tidak lebih dalam hal-hal yang baik yang telah datang kepada mereka melalui kesempatan daripada di
mereka yang melalui alam mereka sendiri dan kecerdasan adalah milik mereka sejak lahir.
Mereka yang memiliki ciri-ciri yang sesuai, bukan dengan salah satu dari hal-hal, tapi dengan semua
dari mereka ini dididik - mempunyai semua kebajikan.

Wednesday, March 16, 2011

Hati wanita terletak pada mulutnya

 
Celupar, cabul, cemburu, cincai, cerewet, comot, cuai, dan caci. Lapan perkataan ini memang boleh membuatkan ramai wanita menjadi gerun. Selain gerun, ada juga yang gelabah dan geram. Orang lelaki akan senyum tersengih saja.

3,260 pasangan nikah di Thailand tahun lalu

 

SONGKHLA (Selatan Thailand) - Selatan Thailand semakin popular sebagai destinasi pernikahan membabitkan pasangan Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, antara 2001 dan tahun lepas, lebih 11,170 pasangan berkahwin di wilayah-wilayah selatan Thailand dengan angka terbesar pada tahun lalu membabitkan 3,260 pasangan.

Grass cutter remotely controlled 2KM

Assalamualaikum dan selamat petang wahai geng2 blogger. Semoga anda semua sihat dan dirahamati..

Radio Frequency 2KM

Tuesday, March 15, 2011

Berdakwah untuk mempopularkan Allah: Bob Lokman


TELUK INTAN - "Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan," jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini.
Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
"Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli Pas."

Fitnah: Adun Bukit Payung buat laporan polis

KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.



Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

“Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Monday, March 14, 2011

Penyu mendarat di Melaka semakin meningkat

 Ganu Kite

AYER KEROH - Sebanyak 402 pendaratan penyu dilaporkan di Melaka sepanjang tahun lalu, meningkat daripada 380 direkodkan pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, kira-kira 48.82 peratus daripada 48,503 telur, iaitu 23,677 berjaya ditetaskan.

Selain itu, sebanyak enam pendaratan tuntung turut direkodkan Pusat Pengurusan Penyu Melaka sepanjang tahun lalu, di mana 48 daripada 78 telur berjaya ditetaskan.

Sepanjang tahun lalu juga, seramai 28,059 pelawat telah melawat Pusat Pengurusan Penyu Melaka di Padang Kemunting, Masjid Tanah.

Daripada jumlah itu, majoritinya iaitu 21,574, merupakan pelawat awam manakala 13,981 adalah pelajar sekolah.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian dan

Pembangunan Luar Bandar, Datuk Md Yunos Husin berkata, Melaka merupakan destinasi utama pendaratan Penyu Karah atau Hawksbill Turtle di Malaysia selain antara yang terpenting di Asia Tenggara.

Menurutnya, secara purata, pendaratan spesis penyu ini di pantai Melaka menghasilkan sebanyak 30,000 biji telur dan 140 sarang setiap tahun.

“Menyedari pentingnya perlindungan penyu ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Pengurusan Penyu Melaka bagi melindungi, memelihara serta mengurus penyu, selain memberi kesedaran orang ramai mengenai usaha melindungi penyu daripada pupus.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga sudah meluluskan Peraturan Kaedah-kaedah Perikanan (Penyu dan Telur-telur Penyu) untuk mengawal aktiviti berkaitan penyu di negeri ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Industri Asas Tani di Kota Fesyen, dekat sini semalam.

Menurut Md Yunos, kempen yang diadakan ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan melindungi spesis-spesis terancam.

KPT-UTeM sedia sahut cabaran


AYER KEROH - Pasukan Kementerian Pengajian Tinggi-Universiti Teknikal Malaysia Melaka (KPT-UTeM) yakin mampu memberi saingan sengit pada kejohanan lumba basikal Jelajah 1Malaysia yang berlangsung kini.

Ini adalah penyertaan sulung buat pasukan KPT-UTeM yang juga pasukan pertama dibarisi pelajar institusi pengajian tinggi.

Pegawai wakil rakyat dicekup khalwat

 






MARANG – Sepasang kekasih ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dalam sebuah kereta di satu kawasan sunyi dan gelap di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Malah dia juga sudah berkahwin dan sepatutnya berada bersama keluarga lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.

Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa manakala wanita warga Indonesia itu pula tidak mempunyai suami dan bekerja pembantu rumah di Kuala Terengganu.

Amaran kepada nelayan

 


MENGABANG TELIPOT - Nelayan bot kecil hendaklah mematuhi amaran yang dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca berikutan serangan tsunami yang melanda Jepun.

Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata Malaysia bebas daripada serangan tersebut, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama kepada nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu.

Pasangan kekasih parah

 


RHU KUBUR - Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera parah apabila kereta yang naiki bertembung sebuah kenderaan dari arah bertentangan kira-kira 10.30 pagi di Kilometer 58.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Rhu Kubur di sini, semalam.

Sunday, March 13, 2011

Tsunami@Jepun - Pantai batu Burok lengang tanpa pengunjung

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dan pengunjung di Pantai Batu Burok dekat sini dinasihati tidak berada di kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan ekoran kejadian tsunami di Jepun, semalam.

Pegawai Penguatkuasa Polis Trafik Kuala Terengganu, Mohd Nizam Hanafiah berkata, pihak polis menerima arahan daripada bilik gerakan bencana di Bukit Aman bagi membuat kawalan di sepanjang kawasan pantai sehingga keadaan terkawal.

“Kami akan mengadakan kawalan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan pengunjung di sini memandangkan lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu,” katanya ketika di temui di lokasi, semalam.


Sementara itu , Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu, Azemi Daud berkata, keadaan di sini masih lagi terkawal dan sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang arahan amaran kecuali bagi penduduk di kawasan Labuan dan Sabah.

Saturday, March 12, 2011

Hukum makan di KFC & McD -------->ustaz azhar

 
                                                                                
Assalamualaikum geng2 blogger....jom same2 kita dengar ape kate ustaz azhar tentang hukum makan di KFC n McD...semoga kita semua memperoleh manfaat daripadanya...

Hukum makan di KFC & McD -------->ustaz azhar

Friday, March 11, 2011

Misteri Pak We tidak ke warung

 
KUALA TERENGGANU - Misteri bau busuk sejak beberapa hari lalu terungkai apabila penduduk di kampung Che Kundur, Batu Burok menemui mayat seorang warga emas di kediamannya, petang kelmarin. 

Warga emas itu yang dipercayai mati bersendirian, ditemui penduduk kampung dalam keadaan separa reput, kira-kira jam 2.30 petang semalam. 

Menurut seorang saksi, Shapawi Tuan Mat, 36, dia tergerak hati untuk memasuki kediaman warga emas itu, iaitu Wan Ismail Chik, 55, kerana berasa curiga setelah terhidu bau yang tidak menyenangkan. 

“Apabila saya masuk, saya lihat Pak We’ dalam keadaan terlentang manakala isi badannya sudah mula pecah-pecah. Keadaan dia agak menyedihkan, saya rasa dia sudah lama meninggal dunia. 

“Tetapi mungkin disebabkan dia bersendirian, orang tidak sedar yang dia sudah tiada. Saya kemudiannya bergegas memanggil kawan saya dan penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, iaitu di Lorong Kenanga. 

Wednesday, March 9, 2011

Syair untuk Geng2 blogger

 
Jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

 

Jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa.. 









Jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji.. 




Jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..


                              Jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..


                                     Jangan dilayan seorang teman..
                                      
kelak hidup menjadi ancaman..
                                      
jika teman tidak beriman..
                                        
dibakar api dihari kemudian..






Wahai sahabat Wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..


Wahai sahabat Wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..
Wahai sahabat Wahai teman.. terimalah dia penuh keikhlasan..andai buruk anggaplah dugaan..andai baik pujilah Tuhan..
Wahai sahabat Wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan

Niat suci bawa padah

Air ketum


BANDAR MARANG – Hasrat ingin meringankan beban kewangan suami membawa padah akibat salah pertimbangan setelah menjadikan hasil jualan air ketum sebagai sumber rezeki.

Ahad lalu, polis menahan seorang wanita berusia 54 tahun bersama 50 bungkusan kecil air perahan daun ketum di sebuah rumah di sini.

Dengan penangkapan itu polis berjaya melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di kampung Batangan.

Serbuan pada jam 11 pagi itu melibatkan sepasukan anggota dan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, dibuat hasil maklumat orang awam setelah rumah itu disyaki dijadikan tempat menjual air ketum.

Tuesday, March 8, 2011

Al-fatihah buat Allahyarham M nasir/?

Assalamualaikum geng2 blogger..Maybe anda semua sudah keletihan  setelah seharian menjalankan tugas masing2..so,refresh your mind n get enjoy..

Td sy membaca Harian Metro edisi melaka/negeri sembilan dan terkejut kerana terdapat satu berita gempar yg bertajuk M Nasir meninggal dunia..Mmg terkejut giler r, pastu sy berkata dlm hati "dh sampai ajal die,nk buat cmner"..Pastu sy baca berita pasal tu dan..............ceh, buat saspen je berita ni..

bukan M nasir ni yg meninggal, tp M nasir lain la...
Rupa-rupanya M Nasir lain..Dlm berita 2 ade menyebut yg wartawan tersilap terita berita..M Nasir yg diceritakan itu bukanlah M Nasir yg popular di Malaysia tp M Nasir 2 adalah seorang tok iman di sebuah masjid di Jakarta..

Dicekup ketika ingin bersetubuh dalam kereta

xdop tmpt lain ke nk wt projek boh???
KAMPUNG RAJA, Besut: Seorang duda dan pasangannya yang ditangkap memadu asmara di dalam sebuah kereta didenda RM2,700 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membuat pengakuan bersalah sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Boleh x ucap "sayang" pd bukan muhrim??





SOALAN:
Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?

Goreng Sayur dgn kuali terbalik---->ustaz azhar lagi

Assalamualaikum n slmt pg semua......

Pg ini adalah pg yg agak membosankan sbbnye td pukul 8 aku pg kuliah yg dijadualkan start pukul 8 abih pukul 11. Tp bila sampai pukul 9 tut tut..... Dr.Yosza, pensyarah aku cakap kuliah habis stakat ni untuk hari ni...Owoh aku rase menyesal g kuliah..X berbaloi aku pg kuliah sejauh 10 kilometer kalu hanye sejam je..Tp xpela, demi menuntut secebis ilmu kene redha la..ke guaner geng2 blogger semua????

Sebenarnya aku xde n3 nk patch kt blog aku ni..aku ni bknnye bnyk idea sangat nk buat n3 ni...Tp drpd dibiarkn blog tanpa n3,aku rase better aku upload kuliah ustaz azhar...ade jugok manfaat sedikit sebanyok..hahaha


 tajuk: goreng sayur dgn kuali terbalik

video ni dh lame duk dlm folder aku..kalu dibiar begitu saje x dop manfaat pun..so better upload kt blog, blh jgk org lain tumpang dengar skali..

                                              ni dia gambar ustaz azhar bersama bob lukman
bob lukman n ustaz azhar mcm adik beradik je aku tengok..haha

Saturday, March 5, 2011

takbir ultraman----->>ustaz azhar

Assalamualaikum n slmt pg pd semua geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot..Alhamdulillah bersyukur pd Allah krn sy masih lg diberi kekuatan untuk untuk terus tersenyum di hujung minggu ini..

Dalam kesibukan dan kebiizian kite menuntut ilmu fardhu kifayah, perlu diingat bahawa jgn sesekali terlupa untuk mencari ilmu fardhu ain.. Sy yakin dan percaye sek2 blogger ni dpt mencari ilmu fardhu ain dr pebagai sumber especially melalui internet kn.. Dunia skrg dh maju,semua benda kite blh pelajari menerusi internet..

ok straight to the point..sebenarnya saje je nk share video kuliah ustaz azhar pd pg ni..sy tau semua org dh tgk video ni kt YouTayar kan..hehe..tp xpela,sy nk share jgk mudah mudahan dapat manfaatnye...




sy mmg suke kuliah ustaz azhar..die mmg pandai menarik perhatian org ramai semasa kuliahnya..so x de la mengantuk mase dgr kuliah die....haha.satu lg, penerangan dan contoh2 yg die bg mmg tepat dan mudah difahami..


eeei lambtnye nk tunggu uploading finish...adoyai

Friday, March 4, 2011

Horsepower- Thomas Savery- 1702[309 tahun sebelum 2011]

horsepower!!!!! you know abaut it?


Tenaga kuda (HorsePower) adalah nama dari beberapa unit ukuran kuasa. Definisi yang paling umum sama antara 735,5 dan 750 watt. 1 Horsepower awalnya ditakrifkan untuk membandingkan output dari enjin stim dengan kekuatan kuda draft. Unit secara meluas diterima pakai untuk mengukur output dari mesin piston, turbin, motor elektrik, dan mesin yang lain. Sebahagian besar negara sekarang menggunakan watt unit SI untuk pengukuran kuasa. Dengan pelaksanaan EU Directive 80/181/EEC pada tarikh 1 Januari 2010, penggunaan tenaga kuda di Kesatuan Eropah hanya dibenarkan sebagai unit tambahan.

Wednesday, March 2, 2011

U all pakai minyak wangi jenis ape ek??

Assalamualaikum n slmt ptg wahai geng2 bloggerku....

ptg ni x dop klas,so agak membosankanla..nk tdo x leh sbb mmg x leh tdo ptg ..lbh baik jom diskuss pasal minyak wangi kn..tibe2 je aku terlintas nk tulis n3 pasal minyak wangi sbbnye td mase dlm lab mcm2 bau minyak wangi/perfume yg klassmate aku pakai..wduh waduh,kembang kempis idung aku di buat nya..ade jgk mmber2 aku yg laki tp pakai perfume wanita..semerbak bau one drop perfume yg wanita..nasib baik x terpikat kt die 2..haha


aku just pakai perfume Dunhill Desire je..harga x mahal,bau pon x kuat..tp bau die tahan lame...kalu letok kt tangan pastu gonyoh-gonyoh kt tengkuk blh tahan 5 6 jam kot..ade minyak wangi yg bau sangat tajam sampai menyengat hidung mcm kawan aku pakai. aku x tau la minyak wangi jenis ape tp kalu duk dekat ng die mesti bersin..haha..mengganggu ketenteraman awam btol la...

Tuesday, March 1, 2011

Apabila para Guru mula menentang Kerajaan!!!!!!!

1) cikgu mala

Sape yg suke mkn budu--->bace ni

Khasiat budu


Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.


Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
MSAG890904. Powered by Blogger.

Tags

OWNER

OWNER

text