Sunday, February 13, 2011

Kejuruteraan Elektronik

Pengenalan

Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik.Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.

Keterangan Tugas

Memberi nasihat dan merekabentuk, membina pelbagai peralatan elektronik dari papan suis hingga kepada perkakas elektronik yang lebih rumit termasuk barangan pengguna seperti komputer persendirian, set televisyen serta komponen barangan elektronik pengguna yang lain;Membuat penyelidikan serta merekabentuk proses-proses yang diperlukan untuk pembuatan barangan;Mengurusselia dan menyelaras kerja-kerja para teknik dalam rekabentuk produk atau pengeluaran;Merekabentuk dengan menggunakan hasil penyelidikan mereka untuk menghasilkan model produk yang akan dibangunkan dan mengubahsuainya mengikut keperluan pasaran,Memberi nasihat dan membuat kerja-kerja kawalan mutu, memeriksa dan menguji serta memasang sistem elektronik juga memastikan hasil pengeluarannya bermutu tinggi mengikut standard serta memenuhi spesifikasi dan piawaian keselamatan yang ketat;Memberi nasihat dan serta mengkaji cadangan rekabentuk, mendraf laporan dan mengemukakan syor tentang rekabentuk, pembangunan dan pembuatan produk dan system yang boleh dipasarkan;

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

Jurutera Jentera Dan Perkakas PerindustrianJurutera Kuasa NukleurJurutera Pemanasan, Pengalihanudara, Penyamanan Udara Dan PenyejukanJurutera Kenderaan /OtomotifJurutera Mekanik/AeronautikJurutera Marin Dll

Ciri-Ciri Peribadi

Mempunyai kebolehan akademikPendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalahKemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrakMinat dalam keusahawananKetepatan dalam kerjaKecenderungan kepada bidang mekanikMinat dalam proses-proses mekanikTidak mudah putus asa, berazam kuat dan mempunyai doronganKemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baikKebolehan bekerja berpasukanMinda yang kreatif dan analitikKemampuan dalam perincian, Dll.

Prospek Kerjaya

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Lembaga Letrik Negara, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Telekom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta jabatan -jabatan lain yang terlibat dengan pembinaan dan bangunan.Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar.Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik.Mereka boleh meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar.Mereka juga boleh mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi lain atau lain-lain badan berkanun.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Universiti Malaya
2. Universiti Kebangsaan Malaysia
3. Universiti Teknologi Malaysia
4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5. Universiti Teknologi Mara
6. Universiti Sains Malaysia
7. Universiti Putra Malaysia
8. Universiti Malaysia Sarawak
9. Institut Teknologi Tun Hussein Onn
10.Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
1. Universiti Tenaga Nasional
2. Universiti Teknologi Petronas
3. Kolej Ikram
4. Inti College Malaysia
5. Kolej Linton
6. L & G Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan
SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan.

3 comments:

  1. zaman sekarang ni mmg memerlukan ramai engineer dlm bidang elektronik.....teknologi elektronik berkembang dlm mase yg pantas sejajar dgn peredaran zaman....

    ReplyDelete
  2. bagus entry ni....

    ReplyDelete
  3. awk amek kos kejuruteraan elektronik ea...sy pon amek kejuruteraan elektronik jgk tau

    ReplyDelete

MSAG890904. Powered by Blogger.