Sunday, February 27, 2011

Nasi kerabu yg menyelerakan.

Assalamualaiku ya geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot.com. Semoga semua sihat n dirahmati di hujung mggu sebegini..Semoga anda semua bertenaga utk bertugas esok selepas 2 hari cuti hujung minggu..

Bile tengok je nasi kerabu air liur terus meleleh sampai ke dagu..hahah..Nasi kerabu memang best, pasti tidak akan potong selera anda..Lebih2 lg kalau nasi kerabu dr pantai timu(ganu/klate). Td pergi ke pasar mlm n ternampak la ade org jual nasi kerabu. So,sy beli la sbb dh lame x makan nasi kerabu. Alang2 beli, biarla sampai 2 bungkus..haha..Nasi kerabu kt melaka ni susah nk cari melainkan kt pasar malam or pd bulan Ramadhan..

Memang bet giler r dapat mn nasi kerabu hari ni. Biasenya duk mkn kt kedai mamat je. Terasa jgk nk ubah selera skali skala..

Pd yg Berada area Ayer keroh melaka, kalau nk beli nasi kerabu jom p pasar minggu Bukit Baru pd hari sabtu or pasar minggu Batu Berendam pd hari ahad.....Kalu x tau kt mane, sy blh tunjukkan dengan syarat kene upah 2 bungkus nasi kerabu....hahahha,,,gurau je.

Best! pasti meleleh air liur anda.

Rezeki datang dr tuhan---------->ustaz azhar

Assalamualaiku ya geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot.com. Semoga semua sihat n dirahmati pg hujung mggu sebegini..

pd kali ni sy nk share skali lg video kuliah  ustaz azhar. video yg agak pendek iaitu  lbh kurg 10 minit je. pg2 lepas solat subuh kalu dgr kuliah agama ade rase semangat sikit nk meningkatkan ketaqwaan kpd Allah Subahanahu wataala. 

Sebelum 2 sy nk share jgk tentang satu artikel dlm blog(lupe blog mane tah) yg sy bace td mengatakan perdana menteri kite menyamakan Prof. yusof Qardawi dgn seorang pengganas...wallahua'lam, samada artikel 2 btol ke x. tp setahu sy, prof yusof adalah ketua ulama dunia,beliau mmg tidak asing lg bg warganegara malaysia dan jugak negara2 barat...........

owh, lupakan pasal 2, jom dgr kuliah ustaz Azhar..

Saturday, February 26, 2011

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011

Assalamualaikum geng2 blogger.

Jom join bloglist Kak Anastasyea,
senang je,just klik banner atas ni pastu ikut syarat2 ye,
Oloh senang baran peh,
Atau klik je  BLOGLIST ANASTASYEA

Tarikh Tutup: 3 MAC 2011

***deras,deras,deras,piye lambat x dang***

Dgr kuliah Ustaz Azhar di subuh hari

Assalamualaikum  n slm sejahtera kpd semua geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot.com.. Diharap semua berada dlm keadaan sihat dan dirahmati..

Alhamdulillah,bersyukur sy kpd Allah krn diberi kekuatan n kesihatan di pg sabtu yg indah ini.. Pd pg ni sy nk share satu video kuliah ustaz Azhar yg sy bru je dgr sakni...Lps myg subuh sakni wase nk dgr kuliah ustaz Azhar je,so cari2 dlm folder lame2 pastu jupe video ni n terus dgr. Rase rugi plok kalu x share dlm blog. Kpd sape2 yg ade kelapangan mase jom r dgr semoga mendapat manfaat bersama.


Kitab Majmuk Salasa: Kelebihan Surah Al Ikhlas

Yes.............akhirnya.....

Assalamualaikum kpd semua geng2 blogger n semua pembaca blog Ayohngoh.blogspot.com. Diharap semua berada dlm keadaan sihat dan dirahmati. Selamat bercuti hujung minggu, rilex your mind, release stress n enjoy..

Sy ambil kesempatan di pg buta ni utk share satu perkhabaran gembira, iaitu design utk katil hospital pakai wireless dh siap,Alhamdulillah. Setelah bertungkus lumus selama beberapa hari dan akhirnya siap dh. Katil 2 dh blh work properly. Td dh test beban seberat 68KG n katil 2 berjaya menanggung beban seberat itu sambil berjalan serta berpusong 360 darjah. Bahan ujikaji ialah seorang mmber yg berat badan 68KG.

                Gambar hiasan

Thursday, February 24, 2011

Katil Hospital pakai wireless

Assalamualaikum n salalm sejahtera kepada geng2 bloger dan semua pembaca blog Ayohngoh.blogspot... Harap2 anda semua berada dlm keadaan sihat dan dirahmati..

Mlm td blik umah kul 11  pastu solat nterus tdo krn terlalu letih. dr ptg smpai mlm duk di kedai welding utk siapkan model katil hospital pakai wireless. projek ni adalah projek final year kawan sy. Dia mintak tlg sy design model ni.. semua litar2 controler die yg buat.. 
Sinopsis projek------->, projek ni dikawal dgn menggunakan Router internet, IP address yg detected oleh router akan menawal pergerakan katil hospital ni,so x perlu tolak la katil ni sbb die blh bergerak dgn kawalan computer. kita just set je kemana katil 2 akan gerak. 
Projek ni nanti akan masuk pertandingan Inovasi dan teknologi.. Harap2 blh menang n mintak tlg geng2 logger semua doakan kejayaan projek ni....

Lakaran katil hospital cotrolled by wireless router.

Tuesday, February 22, 2011

kayu 7 inci menembusi kaki kiri azizulhusni....ngeri ooooooooow


Assalamualaikum semua geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati Allah..

Kali ni sy nk share pd anda semua mengenai satu berita yg mengejutkan dan sangat ngeri serta mengejutkan iaitu seorang jaguh pelumba basikal negara, azizulhusni terlibat dalam kemalangan ketika bertanding Men's Keirin Final dalam kejohanan Track Cycling World Cup at the National Cycling Centre, Manchester, England. Kayu yg dikatakan spjg 7 inchi tertusuk di kaki kirinya. Walaupun cedera, beliau berjaya juga menamatkan perlumbaan di tempat ke 3. Pembedahan segera dilakukan selepas itu. mari kita berdoa semoga beliau cpt sembuh dan boley berkayuh semula untuk negara bg mencapai sasaran pingat olimpik. Majulah sukan untuk negara..

Monday, February 21, 2011

T.G.Presiden pas Hero Malaya

 

Assalamualaikum kpd geng blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot..Harap2 kalian semua berada dlm keadaan sihat n dirahmati. Hari ini sy nk share 1video berkaitan dgn T.G.presiden pas kite bersama beberapa org kg yg tlh menyelamatkn mangsa lemas di pantai belubur,Rusila..Td sedang sy kemaskini folder sy yg dulu2 sy terjumpa video ini dan terasa rugi plok kalu x share....sy difahamkan semasa kejadian,T.G.presiden sedang bersantai di tepi pantai bersama family...Beliau n beberapa penduduk kg menjadi hero pada masa itu...Itulah dia T.G.Presiden,seorang ulama n penyelamat...cuba anda bayangkan kalaulah org kenamaan yg lain yg jd penyelamat pd masa itu confirm 3 hari berturut2 cerita ini akan tersiar di berita TV3...

Friday, February 18, 2011

window XP terbaik utk buat kerja......anda setuju x?


Assalamualaikum kpd semua geng blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot...Harap2 kalian berada dlm keadaan sihat dan dirahmati.......

Utk pengetahuan u all, aku beli monitor LCD yg baru (Philip 20 inci)..Aku nk pasang kt pc aku sbbnye notebook yg aku pakai x best la nk buat kerja..dh la skrin kecik,lembap plak 2..aku pakai window 7 pd notebook aku...satu masalah n poblem pakai win 7 ni ialah bnyk software x matching dgn win 7, almaklumla win 7 ni masih baru lg n perlu upgrade bnyk lg.

so sbb 2 la aku nk install win XP pd pc aku walopun ade sesetengah org anggap win XP dh ketinggalan zaman..xpe la yg penting blh buat kerja n matching dgn software2  yg aku nk guna pakai spt Proteus, PCB Wizard,Solid work n bnyk lg. Skrg ni aku tgh install window XP kt pc aku,,dh sejam aku tggu x siap2 lg...

Ayuh muda mudi,kembali kpd ajaran islam

Assalamualaikum kpd semua geng blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot..semoga semuanya berada dlm keadaan sihat & dirahmati di ari jumaat yg mulia ini...

Hari ni sy nk share satu video yg menyeru kebangkitan islam..Ayuh kita sama2 tengok video ni agar dapat membakar semangat utk terus memperjuangkan agama..

Ayuh muda mudi,kembali kpd ajaran islam

Assalamualaikum kpd semua geng blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot..semoga semuanya berada dlm keadaan sihat & dirahmati di ari jumaat yg mulia ini...
Hari ni sy nk share satu video yg menyeru kebangkitan islam..Ayuh kita sama2 tengok video ni agar dapat membakar semangat utk terus memperjuangkan agama..

Makan nasi lauk kari Tenggiri

Assalamualaikum kpd semua blogger n pembaca log Ayohngoh.blogspot....
Hari khamis adalah hari paling bz,ape x nye, kelas dr pagi sampai 11 malam...jeng,jeng pale...pape pon kene redha la sbb mmg tugas seorang plajar kn...blik je dr klas sakni terus tulis en3 ni....duk dlm klas td ngantuk sangat2, perut plok asyik menyanyi lagu rock je, so kene la singgoh kedai mkn....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H drpd Ayohngoh




Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)".

Salam maulidur rasul buat semua rakan blogger dan pembaca blog Ayohngoh.blogspot.  Bersama-samalah kita mengamalkan sunah rasul Allah S.A.W. Semoga memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat.. dan perbanyakkanlah selawat dan salam keatas baginda...

Monday, February 14, 2011

PPMM: Warta 'Valentine' haram seluruh negara

9 Rabiulawal 1432H.[MOD] - Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menyeru supaya fatwa pengharaman sambutan Hari Valentine diwartakan di seluruh negara. Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata, langkah itu perlu dilakukan "bagi membolehkan pihak berkuasa agama mengambil tindakan lebih tegas. Katanya, masih terdapat sebahagian umat Islam yang menyambut hari berkenaan walau ianya telah diputuskan sebagai "haram" oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada November 2005.

Sunday, February 13, 2011

Kejuruteraan Elektronik

Pengenalan

Jurutera elektronik menjalankan penyelidikkan dan memberi nasihat dengan menggunakan pengetahuan dan kaedah saintifik dan kejuruteraan untuk mewujud, membangun dan menyelenggarakan barangan, sistem dan komponen elektronik.Merekabentuk, membangun dan menguji barangan dan peralatan elektronik yang digunakan dalam bidang instrumentasi, kenderaan, telekomunikasi, pengemudian, komputer, perubatan dan hiburan,dll.

Sifat wanita idaman jejaka


9 sifat wanita yg laki suka...

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg
bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan
penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu
membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang
stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika
mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing2.

Saturday, February 12, 2011

Kebangkitan di mesir akan menular ke seluruh dunia

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berpendirian kemenangan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak bukan bermakna kebangkitan rakyat sudah tamat.

“Gamis yakin roh kebangkitan itu akan menular ke seluruh dunia,” ujar Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari kepada Harakahdaily.

Katanya, kejayaan itu bukan dicapai dengan mudah kerana mereka berjuang dengan nyawa dan darah.

Tambahnya, ribuan rakyat negara Afrika Utara itu mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara.

“Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.

“Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia,” ujarnya.

Menurutnya, bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan, kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.

“Saya mengucapkan penghargaan tahniah setinggi-tingginya buat seluruh rakyat Mesir yang tidak berganjak selama 18 hari,” ujarnya lagi.

Mereka, katanya bangun bersama semangat ratusan syuhada yang gugur terkorban bagi membebaskan Mesir yang penuh kebobrokan yang membuktikan komitmen dan istiqomah mereka berdepan ujian perit menumbangkan pemimpin yang zalim.

Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naibnya, Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir.
MSAG890904. Powered by Blogger.