KUALA TERENGGANU - Misteri bau busuk sejak beberapa hari lalu terungkai apabila penduduk di kampung Che Kundur, Batu Burok menemui mayat seorang warga emas di kediamannya, petang kelmarin.
Warga emas itu yang dipercayai mati bersendirian, ditemui penduduk kampung dalam keadaan separa reput, kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Menurut seorang saksi, Shapawi Tuan Mat, 36, dia tergerak hati untuk memasuki kediaman warga emas itu, iaitu Wan Ismail Chik, 55, kerana berasa curiga setelah terhidu bau yang tidak menyenangkan.
“Apabila saya masuk, saya lihat Pak We’ dalam keadaan terlentang manakala isi badannya sudah mula pecah-pecah. Keadaan dia agak menyedihkan, saya rasa dia sudah lama meninggal dunia.
“Tetapi mungkin disebabkan dia bersendirian, orang tidak sedar yang dia sudah tiada. Saya kemudiannya bergegas memanggil kawan saya dan penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, iaitu di Lorong Kenanga.
Seorang lagi saksi, Mohd Azmi Abd Rani @ Ismail, 27, berkata, dia menjenguk kediaman warga emas itu setelah diberitahu rakannya mengenai penemuan mayat Pak We’.
Menurutnya, Pak We’ sudah lama tidak kelihatan, iaitu kira-kira dua minggu kerana kebiasannya, dia akan singgah minum di warung di kampung itu apabila ada waktu terluang.
Jiran mangsa, Halimah Osman, 90-an, berkata, dia melihat arwah Pak We’ kira-kira empat hari lalu.
“Kebiasaannya, kalau dia sakit atau perlukan pertolongan, ahli keluarga saya dan jiran akan tolong dan jenguk-jengukkan sebab dia duduk bersendirian sejak hampir 12 tahun yang lalu.
“Saya pun berasa pelik apabila tidak nampak dia, sehinggalah anak muda kampung ini datang memberitahu saya bahawa Pak We’ sudah meninggal dunia dalam rumahnya kira-kira jam tiga petang tadi,” katanya.
Sementara itu, anak saudara mangsa, Yasin Abu Bakar, 43, yang berasal dari Hulu Takir berkata, kebiasannya dia akan singgah melawat arwah seminggu sekali tetapi sejak dua minggu lalu, dia tidak dapat mengunjungi arwah kerana isterinya sakit dan mendapatkan rawatan di hospital.
Menurutnya, arwah tinggal sendirian dan tidak pernah berkahwin.

No comments:
Post a Comment