Sunday, March 20, 2011

owoh,baju ape g2 sampai napok k###k....isk3x

http://www.mstar.com.my/archives/2011/3/20/mstar_hiburan/mieraliyana.jpg 
pesanan:/ wahai adik2 n kakak2 di luar sana,jgnlh berpakaian  mcm ni hatta anda adalah artis sekalipon krn mencemarkn maruah anda sbg seorg muslim...dan ingatlah wahai saudara perempuanku, jika nada berpakaian mededah aurat mcm ni, anda tidak akan dapat hidu bau syurga...pesanan dr ayohngoh....
 KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya...("wey,x dop baju lain dh ke nk pakai?")
Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.

Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

1 comment:

  1. hape la..punya trok la..tggu tsunami je malaysia la nih..

    ReplyDelete

MSAG890904. Powered by Blogger.

Tags

OWNER

OWNER

text