AYER KEROH - Pasukan Kementerian Pengajian Tinggi-Universiti Teknikal Malaysia Melaka (KPT-UTeM) yakin mampu memberi saingan sengit pada kejohanan lumba basikal Jelajah 1Malaysia yang berlangsung kini.
Ini adalah penyertaan sulung buat pasukan KPT-UTeM yang juga pasukan pertama dibarisi pelajar institusi pengajian tinggi.
Ini adalah penyertaan sulung buat pasukan KPT-UTeM yang juga pasukan pertama dibarisi pelajar institusi pengajian tinggi.
Cabaran KPT-UTeM di Kejohanan Jelajah 1Malaysia ini digalas Gan Hock Seng, Mohd Amin Amiruddin, Sayuti Zahit, Amirrudin Jamalludin, Mohd Amirul Mohammed Ali dan Mohd Zaki Ramlee.
Prestasi tinggi dan membanggakan yang dipamerkan pelumba sewaktu latihan adalah salah satu faktor menyebabkan pihak pengurusan pasukan yakin akan kemampuan mereka mengharungi cabaran sepanjang kejohanan ini.
Pengurus pasukan, Ishak Amin berkata, prestasi ditunjukkan pelumba kini adalah pada tahap yang tinggi sekali gus dapat membantu mereka mengharung cabaran dan memberi saingan kepada pasukan lain.
Menurutnya, pasukan KPT-UTeM berazam mempamerkan persembahan konsisten bagi menamatkan saingan pada kedudukan yang membanggakan.
“Peluang beraksi bersama pelumba ternama antarabangsa adalah satu pengalaman yang sukar diperoleh. Sebab itulah saya berharap pelumba akan menggunakan sepenuhnya peluang ini,” katanya.
Ishak yang juga bekas pelumba basikal kebangsaan berkata, UTeM yang dipilih sebagai Pusat Sukan Tumpuan
Berbasikal oleh KPT mengadakan latihan khas menerusi kayuhan sejauh 1,600 kilometer bagi mempersiapkan pelumba menghadapi kejohanan itu.
“Dengan persediaan yang rapi, saya yakin akan meletakkan pelumba pada kedudukan yang baik untuk mengalas cabaran KPT-UTeM di kejohanan ini,” katanya.
Kejohanan itu bermula pada 8 Mac lalu dan akan berakhir di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan, hari ini.
No comments:
Post a Comment