MENGABANG TELIPOT - Nelayan bot kecil hendaklah mematuhi amaran yang dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca berikutan serangan tsunami yang melanda Jepun.
Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata Malaysia bebas daripada serangan tersebut, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama kepada nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu.
Katanya, nelayan juga dinasihatkan agar sentiasa memantau keadaan semasa melalui sistem elektronik agar maklumat mengenai cuaca diketahui dari masa ke masa.
“Nelayan yang turun ke laut pada waktu ini agar tidak aktif kerana cuaca ketika ini seperti musim tengkujuh.
No comments:
Post a Comment