Monday, March 14, 2011

Penyu mendarat di Melaka semakin meningkat

 Ganu Kite

AYER KEROH - Sebanyak 402 pendaratan penyu dilaporkan di Melaka sepanjang tahun lalu, meningkat daripada 380 direkodkan pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, kira-kira 48.82 peratus daripada 48,503 telur, iaitu 23,677 berjaya ditetaskan.

Selain itu, sebanyak enam pendaratan tuntung turut direkodkan Pusat Pengurusan Penyu Melaka sepanjang tahun lalu, di mana 48 daripada 78 telur berjaya ditetaskan.

Sepanjang tahun lalu juga, seramai 28,059 pelawat telah melawat Pusat Pengurusan Penyu Melaka di Padang Kemunting, Masjid Tanah.

Daripada jumlah itu, majoritinya iaitu 21,574, merupakan pelawat awam manakala 13,981 adalah pelajar sekolah.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian dan

Pembangunan Luar Bandar, Datuk Md Yunos Husin berkata, Melaka merupakan destinasi utama pendaratan Penyu Karah atau Hawksbill Turtle di Malaysia selain antara yang terpenting di Asia Tenggara.

Menurutnya, secara purata, pendaratan spesis penyu ini di pantai Melaka menghasilkan sebanyak 30,000 biji telur dan 140 sarang setiap tahun.

“Menyedari pentingnya perlindungan penyu ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Pengurusan Penyu Melaka bagi melindungi, memelihara serta mengurus penyu, selain memberi kesedaran orang ramai mengenai usaha melindungi penyu daripada pupus.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga sudah meluluskan Peraturan Kaedah-kaedah Perikanan (Penyu dan Telur-telur Penyu) untuk mengawal aktiviti berkaitan penyu di negeri ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Industri Asas Tani di Kota Fesyen, dekat sini semalam.

Menurut Md Yunos, kempen yang diadakan ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan melindungi spesis-spesis terancam.

No comments:

Post a Comment

MSAG890904. Powered by Blogger.

Tags

OWNER

OWNER

text