xdop tmpt lain ke nk wt projek boh??? |
KAMPUNG RAJA, Besut: Seorang duda dan pasangannya yang ditangkap memadu asmara di dalam sebuah kereta didenda RM2,700 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membuat pengakuan bersalah sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan duda berusia 36 tahun, dan pasangannya berumur 24 tahun, dipenjarakan sebulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, pasangan terbabit ditangkap di dalam sebuah kereta di Tanjung Demong dekat Bukit Keluang pada jam 3.50 petang, 22 Oktober tahun lalu.
Duda terbabit dari Jalan Sultan Zainab, Kota Bharu, Kelantan dan bekerja sendiri manakala pasangannya, beralamat di Taman Jati, Selangor seorang jurujual didakwa berada berdua-dua sedangkan mereka bukan muhrim, sekali gus dituduh sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.
Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, penguat kuasa syariah yang membuat rondaan di sekitar pantai Tanjung Demong ternampak sebuah kereta jenis Honda City hitam dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, penguat kuasa menghampiri kereta bercermin kereta gelap itu, dan mendapati dua wanita berada tidak jauh dari kereta (luar kereta). Manakala, duda terbabit berada di tempat duduk pemandu dan pasangannya di sebelahnya dalam keadaan mengiring serta kerusi direbahkan.
Apabila pintu kereta diketuk, pasangan itu cuba memakai pakaian dan empat minit kemudian, baru pintu kereta dibuka. Penguat kuasa mendapati ketika itu lelaki terbabit memakai seluar pendek londeh sehingga paras paha.
Tertuduh perempuan pula memakai kemeja T lengan pendek diangkat ke paras dada dan tidak memakai seluar serta tudung.
Pendakwa memberitahu mahkamah beberapa barang kes milik tertuduh turut dirampas termasuk sehelai seluar pendek, kemeja T, seluar dalam warna kuning dan barang kes lain.
Mereka yang kini telah bertunang merayu dikenakan hukuman ringan dan hakim menegur perbuatan mereka yang keterlaluan itu.
Duda terbabit hadir ke mahkamah dengan berkemeja lengan panjang dan bersongkok, manakala tunangnya memakai baju kurung ditemani seorang rakan perempuan.
mengapa ini harus terjadi
ReplyDeleteapakah manusia sudah kehilangan rasa malunya atau memang akhlak yang sudah tiada..
kunjungi jg bahan bacaan saya :
jurnal ekonomi andalas