PENGUASA PENGKHIANAT MEMBENARKAN PENCABULAN AMERIKA KE ATAS KEDAULATAN PAKISTAN, MALAH BERGEMBIRA DENGANNYA! 
Seluruh dunia kini heboh membicarakan berita kematian  Osama Bin Laden,  pemimpin Al-Qaeda yang dikatakan paling dikehendaki  oleh Amerika  Syarikat (AS). Pada 2hb lepas, Presiden AS, Barack Obama  mengumumkan  bahawa Osama telah terbunuh dalam sebuah operasi militer  yang  dijalankan berhampiran Islamabad, Pakistan. Obama juga mengumumkan   bahawa mayatnya telah dikebumikan di laut menurut cara Islam bagi   mengelakkan kuburnya dijadikan tempat pemujaan. Pengumuman kematian   Osama ini telah mendapat pelbagai reaksi dari seluruh dunia, baik dunia   Islam mahupun bukan dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori,   khususnya gambar yang disiarkan yang dikatakan sebagai sebuah   pembohongan. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
