Saturday, January 29, 2011

Bulan Disember musim mengawan remaja Terengganu



Menggerunkan tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang ‘berpesta seks tanpa ikatan sah’ pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilah ‘berpesta seks tanpa nikah’?

Kenapa tidak digunakan saja istilah ‘berzina’ kalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.

Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagak ‘semakin tua semakin menjadi’, bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang ‘membanggakan’ ini. Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku
Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita Bernama melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya.

Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setiap ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup.

Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.

XPDC ke Gunung Arang Para (siapakah yg aku ikut itu)






rase ingin mencuba yg ade pd diriku telah mendorong aku mendapat pengalaman pertama .... pengalaman masam2 manis @ lebih dikenali sbg pengalaman 3 rase yang aku dpt semasa xpdc ke gunung Arang Para kt perak insyaAllah x kulupe selagi roh  bersatu dgn jasadku . . . .huhu

Pengalaman pertamaku yg sangat mencabar ,mendaki gunung setinggi lbh kurg 3000 meter yg mengambil mase 6 jam untuk sampai ke puncak . .........pendakian dimulai dgn meredah denai2 di kawasan perkampungan di kaki gunung Arang Para...meredah onak duri,seranex tajam,akar palas yg kasat,dan sbgnya...tp ni baru halangan pertama, sebelum smpai ke puncak masih terdapat 989 halangan lagi kalu dikira betol2,haha...

Gunung yg tegak mencancang itu kudaki dan terus kudaki menggunakan seluruh tenaga yg ada, berbekalkan semangat yg kental serta berbekalkan beberapa tin air Redbull n sebotol air100plus...kudaki lagi,lagi,dan lagi,..dilorong yg sempit kuloloskan diriku yg dibebani dgn beg besar diatas belakang dan sleeping bag yg ku ikat pada perut, sangat menyukarkan pergerakan .. Pada masa yg sama kulihat pendaki lain seolah2 berlari diatas padang bola...walaupon dibebani dgn beg yg lbh besar drpd beg aku, akan tetapi pergerakan mereka seperti lipas kudung....Alah bisa tegal biasa....itulah istilah yg sesuai diberi pd mereka...maybe pendakian kali ini adalah pendakian kali ke-34 bagi mereka....tp bagiku ini adalah yg pertama.......aku mulai sedar bahawa keringat mulai menjalar ke seluruh tubuh ku sehingga meleleh ke keting....menjadikan tubuh ku lebih bersemangat dan cergas diiringi bersama dgn tiupan angin gunung yg bertiup lembut seolah2 sedia menyambut kehadiranku....selepas hampir 2 jam mengharungi beberapa liku berduri, semak2 kecil, akhirnya sampai d suatu "horizontal place" ..kami semua melabuhkan punggung d situ sambil mengelap keringat cair yg meleleh ke seluruh tubuh... semua peralatan memasak bersiap sedia untuk bekerja... ade diantara kami yg memasak nasi brlaukkan sayur kobis dan telur dada.. ade juga yg hanye memasak air sahaja... perhentian di situ hanya untuk sementara sahaja sebelum meneruskan semula perjalanan ke "camp side"

........................................................4 jam kemudian............................................................................

selepas 4 jam pendakian diteruskan akhirya kami sampai di "camp side"...tubuhku terus tersungkur menyembah bumi mengerang keletihan yg teramat... tiada ape2 yg terpancar dimataku melainkan kelegaan....disebalik mata yg terbelalak keletihan terselit secebis kepuasan...jiwaku terasa puas dapat mengemudi semangatku  sehingga dapat menawan sebahagian drpd puncak gunung Arang Para..
Kami berkhemah di suatu tempat lapang yg agak cantik yg dibentengi oleh permandangan gunung ganang yg menghijau dan kabus yg berarak2..................Kami bermalam di "camp side"..bunyi irama unggas dan cengkerik sedikit demi sedikit melayukan mataku sehingga aku tertidur tanpa disedari......................

cahaya kelembutan pagi muncul sebaik sahaja aku membuka mata di pagi itu..tanpa melemgahkan masa aku terus mendapatkan sebotol air lalu aku wudu' dan terus menunaikan kewajipanku..kelembutan pagi sedikit demi sedikit berlalu sehinggalah muncuk bebayang san suria...semua peserta xpdc tlh bersiap sedia menawan Gunung Arang Para..Diketuai oleh zul, semua peserta mula bergerak menuju puncak matlamat..Pagi itu aku sungguh bersemangat dan bertenaga setelah kulemparkan segala kepenatan dalam mimpi yg kubuai malam tadi..Hampir 2 jam mendaki,kami semua sampai ke puncak Gunung Arang Para, puncak yg tersimpan seribu khazanah peniggalan manusia di zaman dulu kala..Terdapat monumen dan kesan pembinaan bangunan lama..Di situ juga terdapat satu tangki air yg diperbuat daripada besi yg kukuh yg hampir reput ditelan masa..Sempat aku melepaskan lelah di atas tangki tersebut sambil menghirup kesegaran udara gunung sepuas puasnya..Lebih kurg 30 minit kami bersantai diatas gunung sana sambil beberapa org photographer melepaskan gian mereka "shooting" dgn DSLR masing2...Setelah selesai sesi photography, kami semua beredar dr puncak gunung itu dgn rasa puas yg x dapat digambarkan dgn kata2 krn brjaya menawan puncak Arang Para..............................

Kami menuruni gunung tersebut dgn gaya bebas diketuai oleh Zul.......aku berada di ranking ke-5 dan didepanku adalah seorg mmberku,Bad....Turutan ranking dr 1-5, Zul, Chong, Qistina, Bad n Aku.....Aku menuruti belakang Bad turun dr puncak gunung dgn gaya bersahaja dan sempat jgk bersenda dgn Bad...Aku n Bad sempat berhenti lelah buat seketika bersama sama sambil mengetatkan tali kasutku.....Kemudian,aku meneruskan penjalanan sambil menurutu belakang Bad......................................jalan punya jalan punya jalan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,hanye sekelip mata Bad hilang dar padanganku...Aku mula mengesyaki sesuatu yg pelik..Lantas aku memanggil nama Bad dgn nada yg agak kuat...namum panggilanku tidak disahut oleh Bad..Kalu dipikirkan logik akal, dia tidak akan meniggalkanku sejauh itu dlm tempoh yg singkat..Aku mula meyedari bahawa aku telah ditipu, Bad yg aku ikut itu bukanlah Bad yg sbenar...Aku mula berusaha mencari alternatif lain sambil aku bermonolog dalaman "mcmner aku blh ditipu".Aku tidak lagi mahu ikut lorong yg kulalui sebelum ini.............................Pasa saat itu aku tidak berfikir sesuatu yg menakutkan kerana ku takut tubuh dan mindaku tidak dapat berhadapan dgn keadaan genting itu...Aku hanya berfikir itu adalah ujian dari Allah..Pengalaman bermain dalam hutan tebal sebelum ini banyak membantu aku berhadapan dgn suasana genting itu..walaupon ini adalah kali pertama aku mendaki tp aku sudah biasa dgn hutan2 tebal.........................Aku mulai mencari track untuk ke camp side..Tiba2 aku terdengar bunyi air terjun....Aku pun terus meluru kearah bunyi itu dan aku bertemu satu pemandangan air terjun yg sangat cantik....aku tidak melepaskan peluang menikmati kesejukan air terjun yg menusuk sampai ke tulang itu...."aku tidak melepaskan peluang untuk membuang air besar yg dh lame tertahan"..aku juga tidak lupa mengisi penuh kantung air yg tergantung di tengkukku...aku tidak leka menikmati kesejukan air terjjun itu....aku menyambung perjalananku setelah gelora di perutku hilang sebaik sahaja membuang bisa yg ada dalam perut td......Dalam keadaan genting itu,aku hanya bertemankan sebotol air dan 4 biji coklat Hacks..telefon,pemetik api dan rokok senuanya tertinggal dalam beg dkt camp side...Pada saat itu, aku betol2 sangat memerlukan pertolongan Allah, tiada sesiapa yg dpt tolong aku pada mase itu melainkan Allah....setelah lame aku berjalan mencari jalan pulang ke camp side,tiba2 aku sampai di suatu tempat yg dipenuhi dgn semak samun.....aku meloloskan diri dari semak2 itu dan tiba2, Ya Allah,, bila diamati betol2, di sekeliling aku dipenuhi dgn sarang babi hutan......Dalam hatiku pada saat itu, hanya ingat pada Allah...Aku lalu di celah2 sarang babi hutan yg x sempat kukira kerana terlalu banyak...Andaikata babi hutan keluar dari sarang mereka semasa aku lalu dekat sarang mereka, hanya Allah saje yg tau nasibku ketika itu..Tetapi,Allah tlh menolongku pada mase itu,.Tiada babi hutan pun yg keluar dr sarang mereka semasa aku lalu dkt situ....Aku meneruskan perjalanan seorang diri tanpa teman dgn harapan akn menemukan jln pulang tetapi tiada sebarang petunjuk untuk sampai ke camp side..Semasa mencari jln ke camp side,aku berapa kali rebah menyembah bumi,tergelongsor,kangkangku terbuka 180 darjah semasa aku rebah..Namun aku tidak putus asa,berbekalkan semangat yg ada aku meneruskan perjalananku...Akhirnya aku sampai di suatu tempat lapang dan dihadapanku kelihatan tembok tegak 90 darjah yg ketinggian sama sebatang pokok kelapa...Ku pikir tidakade sesiapa akan dapat memanjat tembok setinggi itu hatta spiderman sekalipon...aku merenung sejenak tembak itu,pikiranku kosong tika itu tanpa memikirkan ape2....aku pon berdiri tegak sambil memanggil gaya ala tarzan.....woooooooooooowoooooooooooooooooowooooooo....Alangkah terkejutnya aku apabila terdapat banyak suara yg menyahut panggilanku itu terutama dari arah sebalik tembak tinggi itu....panggilanku itu disahut beberapa kali oleh suara yg tidak berapa jelas dan dihujung suara itu kedengaran seperti seorang perempuan mengilai....tetapi aku hanya fikir itu adalah suara seekor burung....mau je aku fikir itu suara seorang perempuan sedang gelak tapi bimbang aku diselubungi rase takut...aku mulai fikir sesuatu............"kalu tiada sesiapa yg dapat memanjat tembok itu walau spiderman skalipon,masakan ade org di sebalik tembok itu.."..aku tidak mahu ditipu lagi,aku membiarkan tembok itu dan terus mencari jalan lain.....Air dalam kantongku sudah habis diminum,aku mulai resah kerana tiada sumber tenaga lagi..Pada saat itu aku sangat rindukan air Redbull yg ada dlm beg aku yg tertinggal dkt camp side..Aku membuat keputusan untuk memanjat semula puncak gunung dan berehat di atas tangki besi di puncak gunung tersebut sebelum tubuhku rebah tanpa tenaga kerana air sudah habis...dalam perjalanan memanjat gunung tersebut,tiba2 aku terdengar suara memenggil namaku......"sabriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"..kali ini aku yakin ini adalah suara manusia,bukan suara disebalik tembok tadi....x mungkin makhluk lain tau namaku sabri......aku pon menyahut panggilan itu.......yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......Akhirnya muncul kelibat Zul,Wan,Khabil,Uda dan Qistina....mereka terus menerkamku seperti bomba menerkam mangsa kebakaran....hehe....Aku pon menceritakan segala detik cemas yg tlh kualami kpd mereka....Mereka seolah2 tidak terkejut sangat kerana kejadian sebegini adalah normal..bagiku,keseesatan suatu penyeksaan...kalu sesat dibandar, rase je lapar blh g mcD,Kfc tp kalu sesat dihutan, rase je lapar nk mkn ape?????hehe....

Aku rase sangat bersyukur kerana Allah sentiasa Bersamaku semasa saat genting itu....Allah lah pelindung terbaik, dan barang siapa yg mencari perlindungan selain Allah, seolah2 mereka berlindung dgn sarang labah labah yg sangat rapuh dan sedikitpun tidak kukuh....Begitulah Allah memberi perumpamaan bg sesiapa yg mencari perlindungan selain Nya...

Aku mendapat banyak pengalaman sepanjang mendaki Gunung Arang Para walaupon ini adalah pertama kali aku mendaki..InsyaAllah jika ada kesempatan masa akan aku mendaki lagi.....

Monday, January 17, 2011

Start blogging 2011

Assalamualaikum member2 blogger....
 
gambar kenangan NRIC 2010, USM


Dah lme x de entry bru dlm blog ayoh ngoh setelah cuti sem...skrg ni bru je masuk sem bru...harap2 sem ni ayoh ngoh mendapat lbh bnyk kejayaan berbanding sem lepas2...dan harap2 sem ni ayoh ngoh dapat menambah koleksi entry yg dpt memberi manfaat kpd pembaca blog ayoh ngoh...

............masuk je sem bru dh kene prepare projek utk saringan ke MTE (Malaysian Technology Ekspo)..ayoh ngoh sibuk prepare sal projek sampai x masuk klas seminggu...Pastu ade pembentangan inovasi kt pejabat ketua menteri melaka.....Alhamdulillah semuanya dh settle....pasni dpt la ayoh ngoh masuk kelas cm biase.....
MSAG890904. Powered by Blogger.