Showing posts with label Ilmu dan Agama. Show all posts
Showing posts with label Ilmu dan Agama. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

takbir ultraman----->>ustaz azhar

Assalamualaikum n slmt pg pd semua geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot..Alhamdulillah bersyukur pd Allah krn sy masih lg diberi kekuatan untuk untuk terus tersenyum di hujung minggu ini..

Dalam kesibukan dan kebiizian kite menuntut ilmu fardhu kifayah, perlu diingat bahawa jgn sesekali terlupa untuk mencari ilmu fardhu ain.. Sy yakin dan percaye sek2 blogger ni dpt mencari ilmu fardhu ain dr pebagai sumber especially melalui internet kn.. Dunia skrg dh maju,semua benda kite blh pelajari menerusi internet..

ok straight to the point..sebenarnya saje je nk share video kuliah ustaz azhar pd pg ni..sy tau semua org dh tgk video ni kt YouTayar kan..hehe..tp xpela,sy nk share jgk mudah mudahan dapat manfaatnye...




sy mmg suke kuliah ustaz azhar..die mmg pandai menarik perhatian org ramai semasa kuliahnya..so x de la mengantuk mase dgr kuliah die....haha.satu lg, penerangan dan contoh2 yg die bg mmg tepat dan mudah difahami..


eeei lambtnye nk tunggu uploading finish...adoyai

Sunday, February 27, 2011

Rezeki datang dr tuhan---------->ustaz azhar

Assalamualaiku ya geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot.com. Semoga semua sihat n dirahmati pg hujung mggu sebegini..

pd kali ni sy nk share skali lg video kuliah  ustaz azhar. video yg agak pendek iaitu  lbh kurg 10 minit je. pg2 lepas solat subuh kalu dgr kuliah agama ade rase semangat sikit nk meningkatkan ketaqwaan kpd Allah Subahanahu wataala. 

Sebelum 2 sy nk share jgk tentang satu artikel dlm blog(lupe blog mane tah) yg sy bace td mengatakan perdana menteri kite menyamakan Prof. yusof Qardawi dgn seorang pengganas...wallahua'lam, samada artikel 2 btol ke x. tp setahu sy, prof yusof adalah ketua ulama dunia,beliau mmg tidak asing lg bg warganegara malaysia dan jugak negara2 barat...........

owh, lupakan pasal 2, jom dgr kuliah ustaz Azhar..

Saturday, February 26, 2011

Dgr kuliah Ustaz Azhar di subuh hari

Assalamualaikum  n slm sejahtera kpd semua geng2 blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot.com.. Diharap semua berada dlm keadaan sihat dan dirahmati..

Alhamdulillah,bersyukur sy kpd Allah krn diberi kekuatan n kesihatan di pg sabtu yg indah ini.. Pd pg ni sy nk share satu video kuliah ustaz Azhar yg sy bru je dgr sakni...Lps myg subuh sakni wase nk dgr kuliah ustaz Azhar je,so cari2 dlm folder lame2 pastu jupe video ni n terus dgr. Rase rugi plok kalu x share dlm blog. Kpd sape2 yg ade kelapangan mase jom r dgr semoga mendapat manfaat bersama.


Kitab Majmuk Salasa: Kelebihan Surah Al Ikhlas

Friday, February 18, 2011

Ayuh muda mudi,kembali kpd ajaran islam

Assalamualaikum kpd semua geng blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot..semoga semuanya berada dlm keadaan sihat & dirahmati di ari jumaat yg mulia ini...

Hari ni sy nk share satu video yg menyeru kebangkitan islam..Ayuh kita sama2 tengok video ni agar dapat membakar semangat utk terus memperjuangkan agama..

Ayuh muda mudi,kembali kpd ajaran islam

Assalamualaikum kpd semua geng blogger n pembaca blog Ayohngoh.blogspot..semoga semuanya berada dlm keadaan sihat & dirahmati di ari jumaat yg mulia ini...
Hari ni sy nk share satu video yg menyeru kebangkitan islam..Ayuh kita sama2 tengok video ni agar dapat membakar semangat utk terus memperjuangkan agama..

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H drpd Ayohngoh




Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:

Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)".

Salam maulidur rasul buat semua rakan blogger dan pembaca blog Ayohngoh.blogspot.  Bersama-samalah kita mengamalkan sunah rasul Allah S.A.W. Semoga memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat.. dan perbanyakkanlah selawat dan salam keatas baginda...

Friday, November 26, 2010

Nikoh Gantung(nikah khitbah)

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara."Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

Berlainan pula dengan couple (yang belum berkahwin dalam istilah remaja kini), ibu bapa lebih rela melihat anak mereka berdua-duaan ke mana sahaja. Bahkan menjadi trend dan kebanggaan bagi orang tua mereka melihat anaknya saling berpacaran ke sana ke mari. Ini merupakan proses normalisasi yang telah terbentuk dikalangan masyarakat kita yang saban hari mengikut telunjuk barat dalam segenap hal. Ada juga trend hari ini, sesiapa yang tidak punya couple akan dianggap tidak 'up-to-date'. Inilah satu musibat yang melanda realiti kita pada hari ini.

Jadi, kesimpulannya, ibu bapa, berilah ruang kemudahan untuk remaja anda mencari dan menyemai cinta pada jalan yang halal dan diredhai. Jangan pula tidak mengaku anak kalau satu hari nanti, remaja anda terlibat dalam kancah zina dan buang bayi!!

Firman Allah:

وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ إِنْ شَاءَ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


Apa kata anda?

Tuesday, November 16, 2010

Hikmah Ibadah Qorban

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".
( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ".
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )


Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah :

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".
( Surah Ibrahim : 7 )

Sunday, November 7, 2010

Jodoh Kita Di Tangan Allah

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak,  "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "Dua-dua bukan.."Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah orang yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " Mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 


Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat .. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" Saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah."

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." Emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? 

Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." Mak menelan air liurnya. Saya diam. 

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..
Tetapi kita kena ingat..
Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin..
Tetapi bukan berkahwin... 
Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..
Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

 Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. 
 Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

 Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..  
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." Emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak..
Jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

 Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. 

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. 
 Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. 
Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. 

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha

"Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..

Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. 
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

Written by;
NURAINI JUWITA
sumber;

SUBHANALLAH, setiap kali kita terleka, ALLAH pasti akan mengingatkan kita dengan 'teguran-tegurannya.. SANGAT INDAH ARTIKEL INI.. SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT KEPADA PENULISNYA.. 

SUNGGUH, Kita memilih seseorang bukanlah kerana kita cintakan dia atau dia cintakan kita.. Tapi kita memilih dia kerana dia sayang dan cintakan kita kerana ALLAH.. SUBHANALLAH...(T_T)..

Tuesday, October 26, 2010

Lelaki Kacak Untuk Didampingi

Assalamualaikum,

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak
akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih
tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat
dan sebagainya".


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.



Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.  Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya
berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.
Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan
meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke
syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:


"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya
kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala
dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang.
Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak
akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai,
orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.  Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi ! yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.

wallahua'lam





sama samalah kite berpegang teguh pd Al-Quran. Ikuta pa yg terkandung dlmnya. Inilah yg cuba diperjuangkan oleh ulama. Bersamalah kite mendokong ulama` krn ulama` adalah pewaris para nabi……

MSAG890904. Powered by Blogger.