Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Tsunami di sungai Dungun, terengganu.

SEBUAH pelantar bagi mengorek pasir tersangkut di jambatan Kampung Nibong Stesen dekat Kuala Sungai Dungun, Terengganu semalam akibat dilanda arus deras sungai tersebut.

DUNGUN – Dua bot nelayan tenggelam manakala sebuah pelantar bagi mengorek pasir sungai tersangkut di sebuah jambatan akibat dihanyut oleh arus deras luar biasa yang melanda Kuala Sungai Dungun di sini awal pagi semalam.

Wednesday, March 16, 2011

3,260 pasangan nikah di Thailand tahun lalu

 

SONGKHLA (Selatan Thailand) - Selatan Thailand semakin popular sebagai destinasi pernikahan membabitkan pasangan Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata, antara 2001 dan tahun lepas, lebih 11,170 pasangan berkahwin di wilayah-wilayah selatan Thailand dengan angka terbesar pada tahun lalu membabitkan 3,260 pasangan.

Tuesday, March 15, 2011

Berdakwah untuk mempopularkan Allah: Bob Lokman


TELUK INTAN - "Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan," jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini.
Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
"Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli Pas."

Fitnah: Adun Bukit Payung buat laporan polis

KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.



Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

“Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Monday, March 14, 2011

Penyu mendarat di Melaka semakin meningkat

 Ganu Kite

AYER KEROH - Sebanyak 402 pendaratan penyu dilaporkan di Melaka sepanjang tahun lalu, meningkat daripada 380 direkodkan pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, kira-kira 48.82 peratus daripada 48,503 telur, iaitu 23,677 berjaya ditetaskan.

Selain itu, sebanyak enam pendaratan tuntung turut direkodkan Pusat Pengurusan Penyu Melaka sepanjang tahun lalu, di mana 48 daripada 78 telur berjaya ditetaskan.

Sepanjang tahun lalu juga, seramai 28,059 pelawat telah melawat Pusat Pengurusan Penyu Melaka di Padang Kemunting, Masjid Tanah.

Daripada jumlah itu, majoritinya iaitu 21,574, merupakan pelawat awam manakala 13,981 adalah pelajar sekolah.

Sementara itu, Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian dan

Pembangunan Luar Bandar, Datuk Md Yunos Husin berkata, Melaka merupakan destinasi utama pendaratan Penyu Karah atau Hawksbill Turtle di Malaysia selain antara yang terpenting di Asia Tenggara.

Menurutnya, secara purata, pendaratan spesis penyu ini di pantai Melaka menghasilkan sebanyak 30,000 biji telur dan 140 sarang setiap tahun.

“Menyedari pentingnya perlindungan penyu ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Pengurusan Penyu Melaka bagi melindungi, memelihara serta mengurus penyu, selain memberi kesedaran orang ramai mengenai usaha melindungi penyu daripada pupus.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga sudah meluluskan Peraturan Kaedah-kaedah Perikanan (Penyu dan Telur-telur Penyu) untuk mengawal aktiviti berkaitan penyu di negeri ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Industri Asas Tani di Kota Fesyen, dekat sini semalam.

Menurut Md Yunos, kempen yang diadakan ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan melindungi spesis-spesis terancam.

Pegawai wakil rakyat dicekup khalwat

 






MARANG – Sepasang kekasih ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dalam sebuah kereta di satu kawasan sunyi dan gelap di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Malah dia juga sudah berkahwin dan sepatutnya berada bersama keluarga lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.

Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa manakala wanita warga Indonesia itu pula tidak mempunyai suami dan bekerja pembantu rumah di Kuala Terengganu.

Amaran kepada nelayan

 


MENGABANG TELIPOT - Nelayan bot kecil hendaklah mematuhi amaran yang dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca berikutan serangan tsunami yang melanda Jepun.

Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata Malaysia bebas daripada serangan tersebut, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama kepada nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu.

Pasangan kekasih parah

 


RHU KUBUR - Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera parah apabila kereta yang naiki bertembung sebuah kenderaan dari arah bertentangan kira-kira 10.30 pagi di Kilometer 58.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Rhu Kubur di sini, semalam.

Sunday, March 13, 2011

Tsunami@Jepun - Pantai batu Burok lengang tanpa pengunjung

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dan pengunjung di Pantai Batu Burok dekat sini dinasihati tidak berada di kawasan pantai sebagai langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan ekoran kejadian tsunami di Jepun, semalam.

Pegawai Penguatkuasa Polis Trafik Kuala Terengganu, Mohd Nizam Hanafiah berkata, pihak polis menerima arahan daripada bilik gerakan bencana di Bukit Aman bagi membuat kawalan di sepanjang kawasan pantai sehingga keadaan terkawal.

“Kami akan mengadakan kawalan dari masa ke masa bagi memastikan keselamatan pengunjung di sini memandangkan lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada hujung minggu,” katanya ketika di temui di lokasi, semalam.


Sementara itu , Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu, Azemi Daud berkata, keadaan di sini masih lagi terkawal dan sehingga kini pihaknya masih tidak menerima sebarang arahan amaran kecuali bagi penduduk di kawasan Labuan dan Sabah.

Friday, March 11, 2011

Misteri Pak We tidak ke warung

 
KUALA TERENGGANU - Misteri bau busuk sejak beberapa hari lalu terungkai apabila penduduk di kampung Che Kundur, Batu Burok menemui mayat seorang warga emas di kediamannya, petang kelmarin. 

Warga emas itu yang dipercayai mati bersendirian, ditemui penduduk kampung dalam keadaan separa reput, kira-kira jam 2.30 petang semalam. 

Menurut seorang saksi, Shapawi Tuan Mat, 36, dia tergerak hati untuk memasuki kediaman warga emas itu, iaitu Wan Ismail Chik, 55, kerana berasa curiga setelah terhidu bau yang tidak menyenangkan. 

“Apabila saya masuk, saya lihat Pak We’ dalam keadaan terlentang manakala isi badannya sudah mula pecah-pecah. Keadaan dia agak menyedihkan, saya rasa dia sudah lama meninggal dunia. 

“Tetapi mungkin disebabkan dia bersendirian, orang tidak sedar yang dia sudah tiada. Saya kemudiannya bergegas memanggil kawan saya dan penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, iaitu di Lorong Kenanga. 

Wednesday, March 9, 2011

Niat suci bawa padah

Air ketum


BANDAR MARANG – Hasrat ingin meringankan beban kewangan suami membawa padah akibat salah pertimbangan setelah menjadikan hasil jualan air ketum sebagai sumber rezeki.

Ahad lalu, polis menahan seorang wanita berusia 54 tahun bersama 50 bungkusan kecil air perahan daun ketum di sebuah rumah di sini.

Dengan penangkapan itu polis berjaya melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di kampung Batangan.

Serbuan pada jam 11 pagi itu melibatkan sepasukan anggota dan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, dibuat hasil maklumat orang awam setelah rumah itu disyaki dijadikan tempat menjual air ketum.

Tuesday, March 8, 2011

Al-fatihah buat Allahyarham M nasir/?

Assalamualaikum geng2 blogger..Maybe anda semua sudah keletihan  setelah seharian menjalankan tugas masing2..so,refresh your mind n get enjoy..

Td sy membaca Harian Metro edisi melaka/negeri sembilan dan terkejut kerana terdapat satu berita gempar yg bertajuk M Nasir meninggal dunia..Mmg terkejut giler r, pastu sy berkata dlm hati "dh sampai ajal die,nk buat cmner"..Pastu sy baca berita pasal tu dan..............ceh, buat saspen je berita ni..

bukan M nasir ni yg meninggal, tp M nasir lain la...
Rupa-rupanya M Nasir lain..Dlm berita 2 ade menyebut yg wartawan tersilap terita berita..M Nasir yg diceritakan itu bukanlah M Nasir yg popular di Malaysia tp M Nasir 2 adalah seorang tok iman di sebuah masjid di Jakarta..

Dicekup ketika ingin bersetubuh dalam kereta

xdop tmpt lain ke nk wt projek boh???
KAMPUNG RAJA, Besut: Seorang duda dan pasangannya yang ditangkap memadu asmara di dalam sebuah kereta didenda RM2,700 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas membuat pengakuan bersalah sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.
MSAG890904. Powered by Blogger.